Monday, March 17, 2008

Sepi yang terlampau..

Ketika aku sepi keseorangan di mahligai ku di Taman Tun Sardon pada malam dini hari, tiba2 aku melangkau ingatanku ketika aku di sekolah dulu, ada sebuah kumpulan nasyid yang aku gila2 kan dulu (tapi sekarang tidak lagi) iaitu Brothers, vokalis utamanya Yassin menyanyikan sebuah lagu yang agak sesuai sengan blog ini..

Lagu itu ada di dalam album pertama Brothers iaitu album Teman Sejati, lagu itu bertajuk Sepi Perantau. Aku menyingkap segenap hati kalbu ku menyelinap kenanganku bersekolah asrama dan cinta2 monyet ku dahulu, lagu ini telah menyinari malam2 sepi aku ketika aku tinggal di asrama yang penuh pancaroba dan dugaan. Walaupun berjauhan dengan famili ku dan awek2 ku yang cun di kampung, lagu ini lah yang telah memberi aku semangat untuk berjuang demi mencari keredhaan Ilahi. Aku sedar diri kesepian itu bukan dicari, tapi masalahnya kesepian itu sentiasa mengejar aku dan kadangkala aku tidak dapat mengelaknya. Oleh itu, aku sengetkan diri aku ke corong radio untuk mendengar lagu ini, Sepi Perantau....Alhamdulillah, aku sedar kadangkala kesepian ada juga hikmahnya..

Lagu ini aku tujukan khusus kepada sahabat2 ku yang join Kelab Perantau Sepi..

:: Aku kesepian yang terlampau ::

Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman - teman
Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta
Kegembiraan ku Kesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi
Masa muda dilalui
Hanya sekali Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati


:: Sepi Perantau : Brothers (Album: Teman Sejati) ::

No comments:

:: KPS Snapshots ::