Monday, March 31, 2008

April Fool is prohibited practice

1st April - a day when people lie, play jokes and mock in the name of entertainment. This ugly practice of lying, which is considered to be merely a humor, is known to have caused great harm to many. Even trauma and deaths. Still this dishonest tradition is not only practiced among the common masses, but also newspapers and magazines participate in it by publishing false news and untrue stories on the first day of April!

Much is said about the origin of this practice, however what concerns the most to the Muslims is that it is a tradition which directly contradicts the teachings and morals of Islam.

Lying is a characteristic of hypocrisy and Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) strictly forbade lying at all times. He (sallallahu alaihi wa-sallam) said: “Let he who truly believes in Allah and the Last Day speak good or be silent.” [Saheeh al-Bukharee] Moreover, he (sallallahu alaihi wa-sallam) has specifically cursed the person who lies to make people laugh, he said: “Woe be on one who speaks and lies in order to make people laugh, woe be on him.” [Abu Dawood]

The above Ahaadeeth show the gravity of participating in the false tradition of April Fool, which the Western tradition appreciates and encourages claiming that it brings joy and amusement, whereas the Prophet (sallallahu alaihi wa-sallam) forbade lying and deceiving even if the intention of the person is to amuse people.

Hari Yang Bodoh...

Contoh 1

"Bro, kete ko kena hempap pokok!!!"

"Hah!!!! Kete aku!!!!!"

"April Fool!!!!!! hahahahaha"

Contoh 2
"Siti, rumah ko terbakar!!!"

"Hah!!!! Barang kemas aku!!!"

"Haha kena tipu!!! April Fool!!!"

"Arghhhh!!!! Sengal la korang!!!!"

Hurmm aku pun tak tau la sape yang memandai-mandai buat tarikh 1 April ni jadi April Fool's Day. Agaknye dia dah tak ada benda sangat nak buat kot... B-)

"April Fools' Day or All Fools' Day, though not a holiday in its own right, is a notable day celebrated in many countries on April 1. The day is marked by the commission of hoaxes and other practical jokes of varying sophistication on friends, enemies and neighbors, or sending them on fools' errands, the aim of which is to embarrass the gullible".

Sunday, March 30, 2008

Moga sepi itu tidak menjadikan kita sebegini...




Hurmmm sedih jugak bila pikir pasal minah ni. Harap-harap kita tetap tabah dengan kesepian kita mengharungi hidup dan, minta dijauhkan Allah Taala, tidak jadi seperti dia. Doakan jugak dia diselamatkan dari sengsara hidup yang kita sendiri belum tentu boleh tanggung...

Saturday, March 29, 2008

Makan Besar....


"Perghhh laziz jiddan!!!"

"Hurmmm betul laaa. Kari ikan ni memang bole layannn..."


"Hurmm sempena dapat HP baru ni kan. Makan pun kena la sedap-sedap"


"Hehehe betul tu, betullll sangat"

Menu
1. Kari Ikan Bawal
2. Telur Bungkus
3. Kailan Ikan Masin
4. Sayur campur
5. Air Limau Asam Boi (Perghhh... meleleh...)




Friday, March 28, 2008

Bajet Langkawi

Guyz, tolong edit, add, give opinions, suggestions or any..for our trip to Langkawi..

Suggestion's date : 8-10 May 2008

-----------------------------------------
FERRY's FARE

Fare for ferry from:
Kuala Perlis to Langkawi..two ways: RM36
Penang to Langkawi..two ways: RM105

RM105 -RM36 = RM69

(per person)

-----------------------------------------
TRANSPORT

Kancil RM45- 70
Myvi RM60- 90
Van 8 seaters RM 90-140
Van 12 seatera RM120- 280

-----------------------------------------
ACCOMMODATIONS

Budget motels: RM60-120

http://209.85.175.104/search?q=cache:EWtl_9KH6sMJ:www.langkawi-beaches.com/langkawi-beach-motels-list.html+Samila+Beach+Resort+langkawi&hl=en&ct=clnk&cd=1

-----------------------------------------

Tuesday, March 25, 2008

Mr. Bean @ Rowan Atkinson ??



:: Mr Bean, do u know him?? ::


-- Mr. Bean is a British comedy television series of 14 half-hour episodes starring Rowan Atkinson as the title character. It was written by Rowan Atkinson, Robin Driscoll, Richard Curtis and Ben Elton. The self-titled first episode was broadcast on 1 January 1990, with the final episode, "Goodnight, Mr. Bean", on 31 October 1995.
Based on a character developed by Rowan Atkinson at university, the series followed the exploits of Mr. Bean, described by Atkinson as "a child in a grown man's body",[1] in solving various problems presented by everyday tasks and often causing disruption in the process.
During its five year run the series gained large UK audience figures, including 18.74 million for the 1992 episode "The Trouble With Mr Bean"[2], was the recipient of a number of international awards, including the Rose d'Or, and has had an enduring effect on popular culture. The show has been sold in over 200 territories worldwide, and has inspired two feature films and an animated cartoon spin-off --




Yang saya tahu, Mr Bean mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang psychology..apa yang dilakonkannya adalah sebahagian daripada study dia sendiri, dia cuba mengkaji perwatakan yang dilakonkannya kerana memang ada orang yg berkelakuan seperti 'MR. BEAN'..

First degree Rowan Atkinson adalah electrical engineering..walaupun dia berlakon seperti seorang yang bodoh, dungu, tak bijak, lalai, bengong tapi sebenarnya, realitinya, dia seorang yang well-educated person..Artis-artis di Malaysia patut mencontohi MR. BEAN..!!

"Selipi"




"Humang hai, ngantuk nyo mato eden ni haaa. Dongan "air-cond" sepoi-sepoi bahaso kono kek badan ni haaa. Cuaco pun bukan main nampak rodup ehh dari dalam bilik eden. Tambah laie screen monitor pun nampak kabur yo. Memang tak dapek eden nak tahan berat mato nih. Kalau ikut hati memang lamo dah eden skip poie bilik *musolla bantai membuto. Tapi nanti kang jadi buto pulak mato eden ni haa pasal monteng kojo, huhuhu. Kopi dah eden minum, bersonam pun eden dah buek nak bagi hilang ngantuk, mato siap lotak anak mancis dah haaa, tapi mato ehh tak jugak dapat nak tahan nih. Hurmm tak dapek eden nak nnolong..."



musolla = surau

Hangpa ni loklak ka?...

Hurmmm sure2 kita kenal Hang Berlima saudara ni; Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu. Berlima dalam apa saja cabaran dan dugaan yang mendatang. Gagah berani, bersemangat waja, berkeyakinan tinggi. Ini yang dititik beratkan oleh mereka, dan patut kita terapkan dalam diri anak-anak Malaysia kini.

Tapi sekarang ni kita dah sunyi dari diperdengarkan kisah-kisah tentang mereka. Kadang-kadang aku fikir apakah budak-budak zaman sekarang masih lagi ingat tentang keberanian dan kegagahan tokoh-tokoh lagenda ni. Atau mereka sekadar tahu tentang Hang Kebun (seniman bujang lapok), Hang Lekuk (majalah Ujang), Hang pi mana, Hang dah makan ka, Hang etc., etc.

Harapan aku pulak, moga 5 negeri Barisan Rakyat yang ada sekarang ni seperti Hang Berlima saudara ni. Saling bantu-membantu dan tolong-menolong untuk kemaslahatan rakyat. Jangan seperti negeri lain yang masih me"muslihat"kan rakyat, sampaikan ada lagi rakyat yang masih lagi mengangkat tinggi geng-geng besar tembolok ni seperti Sarip Dol dan rakan-rakan. Terngiang-ngiang kat telinga aku suara Pendekar Mustar, "Ahhh!!! mereka semua pengampu, pengampu orang kaya!!!!"... B-)


Monday, March 24, 2008

ulam dan pisang raja

Hurmmm kata orang, jangan disanggah raja memerintah. Moden-moden pun, kita orang melayu ni kena la ikut kata raja. Tapi apa nak jadi la ekk melayu zaman sekarang nih? agaknye dia pikir "apadehal dengan raja? ulam raja pun aku bedal, inikan pula pisang raja...".



Ingat sikit, raja adil kena patuh dan taat beb... Kang tak pasal-pasal kena tulah. Pastu kena campak sorang-sorang kat pulau nan sunyi. Tak ke sepi ko nanti...



p/s: malays forget easily... B-)

Bahagian yang gelap

Bahagian ini sudah gelap
Tinggal aku seorang diri
Dibilik yang berlampu malap
Diluar hujan membasahi

Aku tau aku perlu pulang
Tetapi kerja ku banyak belum siap
Aku tau aku takkan dpt cemerlang
Tapi keyboard ku terus berdetup detap

Arggh..sunyinya suasana
Teman2 sudah tiada, entah kemana
Jogging, dating, fasting, membuta?
Arghh.. sunyinya aku yang disini jua..



BunnySepi

Sunday, March 23, 2008

Trip to Langkawi..When??

:: Sang Helang sedang menanti Kelab Perantau Sepi ::

Wahai ahli-ahli Kelab Perantau Sepi..

Ada ahli yang mencadangkan kita pergi jalan2 ke Langkawi Island..

So apa pendapat anda?
Bila kita nak pegi?
Saper yang pegi nie?
Sila bagi respons ya...

Kita pegi ramai2, baru syok..
Kalo kita ada well-plan, program kita kat sana nnt tentu akan lebih menarik dan seronok..
So give ur opinions and any suggestions ok?

TQ..

jom hilangkan kesepian



aktiviti ketika anda rasa kesepian...

Saturday, March 22, 2008

:: Sepinya Weekend ::

Kenapa engkau lipas?
Kenapa engkau berada di sini?
Kenapa engkau selalu menyusahkan orang?
Kenapa engkau selalu buat orang takut?
Asalkan rumah kotor sikit, engkau datang, mengapa?
Engkau sedar tak? perempuan sangat membenci engkau?
Kenapa engkau selalu berlegar-legar di rumah orang?
Engkau tau tak ada orang cukup benci dengan engkau wahai lipas?
orang yang paling benci dengan engkau adalah PencintaSepi..!!

Thursday, March 20, 2008

Starbuck n McD...

"Hurmmm santai dan menyenangkan... kan?"
"Hurmmm best laa. Best sangat. Nak-nak kalau berteman selalu"
"Selalu? huhu macam tu kena usaha cepat-cepat ni. Hurmm layan mocha frappucino jom?"
"Ermmm sedap gak"

.......................

"Dah siap belum?"
"Ermm tak siap lagi la. Kita sambung tempat lain. Layan nugget dengan filet o fish pulak jom"
"Ermmm jom-jom"


........................

"Waaaa best nye. Dapat buat assignment sambil sembang-sembang sama. Suka sangat..."
(Kembang setaman di dalam hati)

........................

"Ok, See you"

(Kembali sepi di hati...)

Tuesday, March 18, 2008

Sepi nya seorang menteri yang tidak dilantik

Tak nak keje = letak jawatan

Hantar surat kata Tak mampu bekerja = letak jawatan

tapi..

Masih jadi YB = rakyat masih mahu kan perkhidmatan saya

Oiiiii... blah la.


Tak sepi dari berita politik ;)

hehehehe....


yang paling banyak bebel dalam ni adalah abang wan,huhuhuh

Keluhan Perantau Sepi


skali wat slh..
xnk ngaku...
lama2 titik itam akn memenuhi hati kita...
hati kita jd xbersih..
xikhlas..
rase ego&mrh menguasai diri...
lama2 kita akn jd seorg yg angkuh...
lupa pd tuhan..bila wat dosa kita rase biase je..
kita rase org disekeliling da xpenting lg...
kita akn menyampah dgn org yg tegur..
bahkan tidak merasa malu dgn ape kita lakukan........
akhirnya..
kita akn terjebak dgn dosa..
krn kita jd penipu, pembohong, merasa diri tidak berguna, membuat penafian diri tidak bersalah hanya kerana bertuankan nafsu & keseronokan diri... ingatlah...manusia

Loon....

Hurmmm malam ni rasa sunyi la pulak. Ntah la rasa macam mana ntah. Perlukan sesuatu, tapi apa dia? mahukan teman bersembang, tapi siapa yang ada? rasa pilu, sepi, sengal, sembab, sentul, dan segala macam se- yang tak best laa. Aku kena buat sesuatu... :-
Lone Looner...

Monday, March 17, 2008

Sepi yang terlampau..

Ketika aku sepi keseorangan di mahligai ku di Taman Tun Sardon pada malam dini hari, tiba2 aku melangkau ingatanku ketika aku di sekolah dulu, ada sebuah kumpulan nasyid yang aku gila2 kan dulu (tapi sekarang tidak lagi) iaitu Brothers, vokalis utamanya Yassin menyanyikan sebuah lagu yang agak sesuai sengan blog ini..

Lagu itu ada di dalam album pertama Brothers iaitu album Teman Sejati, lagu itu bertajuk Sepi Perantau. Aku menyingkap segenap hati kalbu ku menyelinap kenanganku bersekolah asrama dan cinta2 monyet ku dahulu, lagu ini telah menyinari malam2 sepi aku ketika aku tinggal di asrama yang penuh pancaroba dan dugaan. Walaupun berjauhan dengan famili ku dan awek2 ku yang cun di kampung, lagu ini lah yang telah memberi aku semangat untuk berjuang demi mencari keredhaan Ilahi. Aku sedar diri kesepian itu bukan dicari, tapi masalahnya kesepian itu sentiasa mengejar aku dan kadangkala aku tidak dapat mengelaknya. Oleh itu, aku sengetkan diri aku ke corong radio untuk mendengar lagu ini, Sepi Perantau....Alhamdulillah, aku sedar kadangkala kesepian ada juga hikmahnya..

Lagu ini aku tujukan khusus kepada sahabat2 ku yang join Kelab Perantau Sepi..

:: Aku kesepian yang terlampau ::

Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman - teman
Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta
Kegembiraan ku Kesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi
Masa muda dilalui
Hanya sekali Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati


:: Sepi Perantau : Brothers (Album: Teman Sejati) ::

Sepi dan Yuhang



YUHANG!!
Begitulah awalnya..

Minggu lepas wa merasa sangat sepi, kesepian wa teramat2 lah sepinya, sayu dan sedeyy..huaaaaaaaa….huhuhu..agaknya begitulah bunyinya kalo wa menangis , tetapi nampaknya wa tak menangis juga..hanya air dari tempat2 tertentu tubuh wa aja meleleh (I mean…air idung la kawaannn.. ..chisss!!! otak bluey sungguh hang !!)
setelah wa mengesat ayaq yg dah meleleh sampai ke kaki, kesepian wa masih tak kurang..berkubang di katil ..udah..mandi wap..udah..buat facial ..skrup badan..udah..manicure..pedicure..wa cakap lue..semua udah..tapi wa masih sepi…dan sesungguhnya kesepian wa telah mendorong wa utk tiba2 mengingati akan terjadi satu peristiwa besar lagi bersejarah pada pada tanggal ahad berapa maharam? akan terjadi di sebuah dewan serbaguna USM
Yaaaaa….
Atas dasar kesepian, wa bergegas menekan isi minyak kereta yg semakin surut (demmittt!!! Minyak nak naik lagi lepas pilihanraya nih!! Adakah idola wa si guan eng komtar akan dapat berbuat sesuatu utk menghalang??!!..hhrrmm..mungkin lepas semahyang nanti wa patut bersedekah buah limau kepada fakir semekin...mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu kebuntuan tersebut )
Seperti biasa, wa memandu gila2 menuju ke dewan serbaguna, puas hati wa memandu sedemikian..ini adalah salah satu cara wa menunjukkan kepada dunia, bagaimanakah perasaannya kesepian itu..dan orang sekeliling diatas jalanraya patut harus mengasihani org2 yang sepi seperti wa dan rakan2 sepi wa yg lain ( high fiveeeeeeeeee!!!)
Bila wa sampai di depan dewan serbaguna..chiss!!! demiit...tempat utk memarking sudah hampir penuh..pakgard perasan segak sudah melambai2 wa supaya beredar dari memarking tempat ”Untuk Orang Cacat Sahaja”
Demiittt....wa rasa taksalahnya kalu wa kasik ”dent” sikit kat lutut pakgard perasan segak dengan wa punya rear window...tapi kaset bacaan ayat2 suci wa yang terpasang di dalam kereta semasa itu dapat menenangkan jiwa marah wa yang sepi...Alhamdullilahhhh
Sambil mengignore pakgard perasan segak..Wa berpusing 360 darjah celcius dan memarking di belakang opis....hehehhehe...
Masuk dewan..orang dah hampir penuh...mata wa melirik mencari tempat paling depan...yaaaaa.....ditepi adik separuh macho..lorong lapan dari depan...ada tempat kosong....wa melangkah manis dan duduk semi sesopan.
Dong..dang..dong..dang..dong..danggggg....(acara2 selitan) ADWAVE 2008 dah mulaaaaaa!!!!!!!!!!
Wow..wa terpana melihat aksi2 bugil kartun lidi yang di persembahkan dalam kategori iklan terbaik...hhrrmmm...
Suka wa melaporkan , pemenang utuk peretandingan Adwave 2008 taun ini jatuh kepada TAR kolej!!! Yang telah dapat mempersonakan penonton dan juri2 awam dengan idea separuh lucah mereka ttg bagaimanakah barangan sponsor utama iaitu ”Sloggi” dapat dijual menggunakan usaha pengiklanan gambar2 gadis ber”bra” sloggi ilham pelajar TAR berkot dan bertalileher. Tiba2 wa baru perasaan..penonton lelaki lebih banyak dari penonton perempuan di dalam dewan serbaguna... :-)
Selepas habis melayan perasaan sepi wa dengan acara2 pertandingan sampailah saat yang wa tunggu2kan...
”Pengumuman.....we give u..the guest honor pada petang iniiiiiii....saudara Ho Yohanggggggggggggggggggggggggggg”......
sambil memerah seluruh perasaan kesepian yg tersisa..wa menepuk tangan sekuat2nya!!!!clap!!!clap!!!clappppppppp!!!!..
aahhhhhh...my mannnnnnn Yuhanggggggg...
sebelum tu dewan dikasik sajian utuk semua iklan2 yuhang yang dimain kat TV...wa hampir menangis terharu!! Kalau lah yuhang tahu betapa cintanya wa pada iklan2 tersebut dan pilem2nya yg "nerd" mcm rain dogs ,santuary, as i lay dying blah..blah....mungkin tahun depan bukan adibah noor yang akan menjadi artisnya..tetapi waaa..wa deserve it mannnnnnn!!hhrrmm..maybe later...mana tau....(adibah...u watchout you..you!!)
Yuhang wa seorng yang rendah lagi kiut lagi putih lagi bersih keputih-putihan, kulit lincin ala toyo berdress khaki...he appeared to waa as cina poyo....( kawan wa kata dia nih apek labis..betoi ka?)
Yuhang malu2 lak diatas pentas...waaaaaaaaaaaaaaaaahhh...wa suka amat a man wif sensitip sideeeeee....hehheheh..kuci..kuci..kuci..eeiii..comeinyaaaaa..anak sapa niiiiihh..
Di pentas..Yuhang berlipor lara ttg kisah masa silamnya yang sayu dan sepi.....(eerrrkkk..dia sepi jugak ka mak hang?)
Who are you? I’m just an engineer with a lot of ideas”
How u endup in this profession? “All my life..practically is an “accident”
How the accident happen? Simple..This guy took up an engineering..balik Malaya..lepak2…kawan mintak jadik pelakon pak pacak dlm iklan…then boooommm…everbody lovesssssss himmmmmm
To this day..still misteri to him why his word ‘kenapa?..Tak percaya ka?” poplar sgt..(demmitttt sum guy just got damn lucky!!!)
That is how it started..then he amik kursus shoting pilem..buat pilem..jadik assistant pengarah…then lompat jadik mengarah..then he read summore..read lagi..read lagi dan lagi dan lagi….people likes him..client likes him..he got more job and another job and another…and another (demittttttttt sum guy just got lucky!!!)
What you dwell in ur freetime? “I read Physic” I love physic! (eerrrkkk demmmittt)
Why all ur iklan is about one race..chinese??? Pleaseee don’t discriminate me..heheh. My editor for tht iklan, the skript writer..they are all Malay!!
Who u wanna thanks? “Yasmin Ahmad..she give me my 1st big break”
Do u forsee more sex inuendos in mesia iklan in near future? “Don’t ask me, ask RTM”..heheheh
One last word? “Pleaseeee….in all your life..jangan take life sooooo seriously…laugh at them..laugh at them ..just laugh at them”. All my ideas .started when me and my frens just duduk2 melepak kedai kopi..buat lawak bodo and then “heyyyyyy…that sound good and funni..we should take tht and see what happen”
After almost one hours my man yuhanggg took a bow…..waaaaaaaaaaaaaaaaaaa…….wa berasaaaaaa teramat terharu dicelah2 kesepian wa…hehhehehe
Dalam perjalanan balik dan pemanduan wa yang masih jugak gila2…wa mengaku..yang masa man my yuhang said..”u should laugh at life”...wa almost cry...why? sebab that is what wa always tell diri wa…”anis…laugh..laugh..u only have two choices..either for u to laugh or for u to cry..and wa definetly wanna laugh instead of cry..sebab? mengikut fakta yg wa baca “muka lebih terexcercise kalau lue ketawa berbanding kalau lue menangis” itulah sebabnya..dan wa masih belum mau tua dengan wrinkle2 lagi…..huhuhuhuhuhu

Akhir kata “selamat sepi, sayu dan sedeh2 la selalu dari wa”
Semoga berjumpa lagi kita dalam kesepian yang lain pula

Sepi-si-Sendut

Senyuman anak rantau

SENYUM HATIKU , SENYUM - Amir Hamzah
(untuk kengkawanku anak rantau berkelana)

Senyum hatiku, senyum
gelak hatiku, gelak
dukamu tuan, aduhai kulum
walaupun hatimu, rasakan retak.

Benar mawar kembang melur mengirai kelopak
anak dara duduk berdendang
tetapi engkau, aduhai fakir,
dikenang orang sekalipun tidak.

Kuketahui, terkukur sulang menyulang
murai berkicau melagukan cinta
tetapi engkau aduhai dagang
umpamakan pungguk merayukan purnama.

Sungguh matahari dirangkum segara
purnama raya di lingkung bintang
tetapi engkau, aduhai kelana
siapa mengusap hatimu bimbang?

Diam hatiku , diam
cubakan ria, hatiku ria
sedih tuan, cubalah pendam
umpama disekam, api menyala.

...Test...Test...Test...


hohoho...daku telah dipaksa utk menulis di sini...

tp daku x reti...sungguh xreti nk mengayat nie...lalala...
sabtu lepas, kami beramai2 telah melihat matahari terbenam..
sungguh indah kan kawan2...
~berakhirlah satu hari yg penuh bererti bg yg menghargai kehadirannya~

pencintasepi : saat itu sungguh bererti...


Sunday, March 16, 2008

The Loneliness of Stomach: Bihun Singapore

“Ermmm… lapar la pulak. Apa aku nak masak ekk?”, keluhan member aku yang bujang trang tang tang.

Aku pun kata kat dia, “Ko masak je la bihun singapore. Mudah, ringkas, dan menyelerakan... hehe”. So, aku pun pass la dia cara nak masak Bihun Singapore nih...


Bahan-Bahan:

600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan], 200 gm daging [hiris nipis dan rebus lembut], 200 gm sotong [hiris kecil], 200 gm kucai [potong pendek], 250 gm kobis [racik halus], 1 batang carrot [sagat], 3 s/b minyak, garam, air

Bahan Tumbuk:

1 s/b lada hitam, 1 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih

Bahan Hiasan:

1 biji telur [buat dadar dan hiriskan], 2 biji cili merah [mayang halus]

Cara Penyediaan:

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi, 2.Masukan daging dan kacau rata, 3.Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata, 4.Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati, 5.Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai, 6.Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Bubuh garam secukup rasa, 7.Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

Ermmm kenyang... AlhamduliLlah.

-Perindu Sepi-

Perantau Sepi: The Poem

"Aku rasa mesti ada sajak pasal sepi-sepi nih", hati berbisik.
So, aku pun cuba la cari dalam google. Ni la antara hasil yang aku jumpa. Sekadar berkongsi dengan kalian... B-)
Aku perantau sepi
Mencari erti ketenangan
Mencari makna kehidupan
Mengharap rahmat keampunan
Memohon limpahan keredhaan
Daripadamu, ya Ar-Rahman
Aku perantau sepi
Melayani bahtera kehidupan
Menuju pulau impian
Dilanda arus, dipukul badai
Dilambung ombak, dihempas taufan
Aku perantau sepi
Bersama selangit keazaman
Berbekal segunung harapan
Meredah belukar halangan
Mengharungi selut cabaran
Bertarung dengan dugaan
Bergelut dengan godaan
Berperang dengan hasutan
Ditikam onak, dicucuk duri kekecewaan
Dihujani batu-batu, rejaman tohmahan
Dilempar dengan lumpur, najis penghinaan
Dihambat bayangan kesakitan
Dibelenggu rantai kemiskinan
Aku perantau sepi
Merenangi, menyelami lautan keilmuan
Berkawan dengan buku
Bercinta dengan ilmu
Berkasih dengan pengetahuan
Bertunang dengan impian
Menggapai matlamat idaman
Perkahwinan dengan kejayaan
Berbulan madu dengan kebahagiaan…
sumber: SUKEJ
-Perindu Sepi-

SEPI YG TAK BERTEPI..

Perantau sepi yg tak bertepi akan menjadi insan yg lebih menghargai kesepian, masa2 keseronokan...& mereka adalah insan yg tabah..ewahh..
with u..perantau2 sekalian..
life is not just bearable; it is colourful & very wonderful as well...

Sepi Seorang Perantau: The Beginning


"Ehh... apa kata kalau kita bukak blog? masuk macam-macam dalam blog tu pasal aktiviti kita? baru rawk!!!", kata salah seorang dari 'Senpai' aku.

"Haha pastu promote satu Malaysia, pass kat kawan-kawan. Ajak dia orang yang nasib macam kita ni join sama", sampuk seorang lagi member. Aku pun angguk-angguk kan.

"hah, apa lagi. Kau buat blog", aku pun mintak tolong member aku sorang lagi wujudkan satu laman blog untuk satu permulaan.

Hurmm so dalam x sampai 24 jam ini la hasil dari inisiatif geng-geng perantau sepi. Dan we all namakan ia "Kelab Perantau Sepi". Sepi tentang macam-macam. Kau orang sebutkan aje, sepi sebab single, sepi sebab PJJ (Pernikahan Jarak Jauh ye, bukan pendidikan jarak jauh... hehe), sepi sebab rindu kucing, sepi sebab jauh dengan mak ayah tempat bermanja dan menghangatkan diri di celahan arm pit mereka, sepi sekuntum mawar merah, sepi seorang perindu, dan segala macam sepi lagi.

Dan aku? Sepi kerana terasing kot... Hahaha terasing macam mana? terasing dari dunia yang aku nak. Dan aku terdampar di dunia yang aku pasrah menerima. Mujur laa ada perantau-perantau kesepian di sini. Dan kami berkongsi sepi yang pelbagai itu dalam satu wadah, satu jasad yang dinamakan "KELAB PERANTAU SEPI"... B-)

-Perindu Sepi-

Anda Perantau Sepi ??


Anda Perantau Sepi ??

Jawablah..
Perkenalkan diri anda..!!


:: KPS Snapshots ::