Sunday, March 16, 2008

Sepi Seorang Perantau: The Beginning


"Ehh... apa kata kalau kita bukak blog? masuk macam-macam dalam blog tu pasal aktiviti kita? baru rawk!!!", kata salah seorang dari 'Senpai' aku.

"Haha pastu promote satu Malaysia, pass kat kawan-kawan. Ajak dia orang yang nasib macam kita ni join sama", sampuk seorang lagi member. Aku pun angguk-angguk kan.

"hah, apa lagi. Kau buat blog", aku pun mintak tolong member aku sorang lagi wujudkan satu laman blog untuk satu permulaan.

Hurmm so dalam x sampai 24 jam ini la hasil dari inisiatif geng-geng perantau sepi. Dan we all namakan ia "Kelab Perantau Sepi". Sepi tentang macam-macam. Kau orang sebutkan aje, sepi sebab single, sepi sebab PJJ (Pernikahan Jarak Jauh ye, bukan pendidikan jarak jauh... hehe), sepi sebab rindu kucing, sepi sebab jauh dengan mak ayah tempat bermanja dan menghangatkan diri di celahan arm pit mereka, sepi sekuntum mawar merah, sepi seorang perindu, dan segala macam sepi lagi.

Dan aku? Sepi kerana terasing kot... Hahaha terasing macam mana? terasing dari dunia yang aku nak. Dan aku terdampar di dunia yang aku pasrah menerima. Mujur laa ada perantau-perantau kesepian di sini. Dan kami berkongsi sepi yang pelbagai itu dalam satu wadah, satu jasad yang dinamakan "KELAB PERANTAU SEPI"... B-)

-Perindu Sepi-

2 comments:

Anonymous said...

Yeahh..i like.!

Bunny

Anonymous said...

loike it? dats good... n +ve too... hehe

PS...

:: KPS Snapshots ::