Sunday, April 6, 2008

Kelab Perantau Sepi: The Menu




"Mak aih, laparnye. Malas nye nak kluar beli makanan. Apa yang ada ekk? hurmm maggi, telur, isi ayam, sayur campur, bawang. Hurmm menarik ni kalau buat mertabak maggi"...


Bahan-bahan:


  1. Sedikit isi daging/udang/ayam ( potong kecil) 1 ulas bawang putih – diketuk & cincang 1 labu.

  2. Bawang besar – potong dadu 3@4 biji cili padi – dihiris kecil.

  3. Sayur campur @ Daun sup dan daun bawang.

  4. 1 peket Maggi(perisa kari @ up to you) – rebuskan maggi dalam air mendidih hingga lembut,kemudian toskan.

  5. 2 biji telur garam dan gula secukup rasa.


Adunan A : * campur sebati maggi bersama garam, gula dan telur yang telah dipukul.


Cara-cara:


  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.

  2. Masukkan isi daging/ayam/udang. Masak sehingga empuk.

  3. Kemudian masukkan cili padi,sayur campur,bawang besar dan perencah Maggi.

  4. Kacau sebati. Bila dah masak angkat dan tuangkan ke dalam adunan A. Gaul sebati adunan tersebut.

  5. Kemudian goreng adunan tersebut di atas kuali leper seperti menggoreng telur dadar. Hanya sedikit minyak sahaja digunakan untuk menggoreng.

  6. Kalau nak garing, goreng lama sedikit sampai garing.

Cadangan hidangan
Murtabak maggi ini elok dimakan dengan sos cili. Hanya curahkan sos cili di atas murtabak. Sedap dimakan sewaktu panas.

Tambahan
Perencah Maggi telah tersedia dalam peket bersama maggi.

-:Perindu Sepi:-

No comments:

:: KPS Snapshots ::